Wednesday 14 March 2012

Adam dan Hawa

Untuk Hawa..

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong,itu lebih baik kerana itu menandakan diri kamu sukar didekati dan menunjukkan kamu telah berusaha  menjaga dirimu dan juga dirinya..

Untuk Adam..

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka dan mereka berusaha menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa.Bersyukurlah kerana dia,anda terselamat dari melakukan dosa.Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam islam.


Suara hatiku

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku".

"Sukar mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehan dirimu.Janji Allah pastiku pengang dalam misi mencari"Lelaki yang baik,untuk wanita yang baik".





Wednesday 26 October 2011

POLIGAMI Hadiah Buat Isteri Meraih Cinta Allah

Poligami satu istilah yang paling digeruni dan tidak disukai oleh golongan wanita.Pada mereka istilah itu membawa pelbagai dugaan,cabaran dan kesedihan dalam hidup mereka.Paling ditakuti suami yang dikasihani bakal dirampas wanita lain. Lalu berlakulah perang besar dalam rumah tangga. Si suami dituduh curang dan tidak bertanggungjawab kerana menduakan cinta setia si isteri. Manakala si isteri pula dituduh tidak memahami kehendak dan kemampuan si suami dan ketika inilah pelbagai hadis dan firman mengenai poligami akan mula diceramahkan oleh si suami.


Peluang Isteri Meraih cinta agung


Apa yang dibayangkan oleh para isteri apabila mereka dimadukan ialah,mereka bakal kehilangan cinta seorang manusia bernama lelaki. Satu yang perlu diingat mengejar cinta manusia ia tidak pernah kekal. Apa yang perlu disedari ialah saat dimadukan itu, itulah langkah awal untuk meraih cinta Allah. Satu yang wanita harus tahu, apabila adanya wanita lain bergelar isteri kepada si suami mereka, sedarlah si suami sedang memberi waktu rehat untuk si isteri mendekati diri kepada Allah SWT.


Bayangkan saat malam sepi tanpa ditemani suami , inilah saat berharga isteri untuk sujud kepada Allah dan gilirannya untuk menjadi kekasih Allah.Andainya suami berada disisi selama 24jam maka isteri harus melayani kehendaknya yang juga seorang hamba Allah.


Apa yang perlu diingat syurga Allah itu sangat sangat tinggi nilainya. Jadi untuk menjadi penghuninya haruslah melalui ujian yang benar benar pedih kerana hadiah syurga itu sangat indah.


Untuk suami jangan tersenyum manis saat keizinan diberikan untuk menambah  'cawangan baru'. Tanggungjawab berat dan lebih besar menantimu. Tanggungjawab ini bukanlah memastikan segala makan minum dan tempat tinggal terjaga malahan ilmu akhirat harus dititikberatkan. Andainya ada di antara isteri tidak mengenal Allah maka kamu akn dipersoalkan.


Surah An-Nisa ayat 3 bermaksud "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan perempuan yatim(apabila kamu mengahwini mereka),maka berkahwin lah (dengan)perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan,dua,tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwin lah dengan seorang sahaja. .




P/s: poligami suatu perkara yang dibenarkan dengan penuh syarat.tepuk dada tanya iman..
      ~ujian yang hebat bagi orang yang hebat~

Saturday 22 October 2011

“Aku & Dia Dah Putus…”





Assalamualaikum


“aku dan dia dah putus…”


“kenapa?”


 “aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”


 “kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”


 “kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”


 “buatlah apa yang kau rasa terbaik….”




 selepas setahun. 


 “aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”


 “kenapa? apa yang dah jadi…?”


 “dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”


 “kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”


 “entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”


 “lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”


 “aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….” . 




beberapa bulan kemudian


 “Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”


 “kau ada jawapan?”


 …senyum “ada…mudah.”


 “apa dia?”


 “bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”


 “kongsi lah…”


 “Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”


 “maksud kau?”


 “aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”


 “teruskan aku dengar…”


 “aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi. Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”


 “so sekarang?”


 “aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”


 “lelaki?cinta?”


 “hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”


 “kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”


 “alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak. Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”






MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Bila Hani mula menggedik . .

Bila cinta telah hilang maka cerita indah tiada akhirnya pun berubah menjadi cerita indah namun naif. Bila sudah begini jadinya maka SETIA sepertinya jauh lebih baik dari pada CINTA. Apa ertinya cinta jika tak saling memiliki walau cinta tak bererti harus memiliki. Alangkah indahnya CINTA bila tetap SETIA. Alangkah SETIAnya CINTA bila tetap saling memiliki hingga akhir masa.. Mama,hani nk kawin!!!

Friday 21 October 2011

Tolong Ingatkan Aku


jika kamu memancing ikan..

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu MELEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.
Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya. 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU.
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.