Wednesday 26 October 2011

POLIGAMI Hadiah Buat Isteri Meraih Cinta Allah

Poligami satu istilah yang paling digeruni dan tidak disukai oleh golongan wanita.Pada mereka istilah itu membawa pelbagai dugaan,cabaran dan kesedihan dalam hidup mereka.Paling ditakuti suami yang dikasihani bakal dirampas wanita lain. Lalu berlakulah perang besar dalam rumah tangga. Si suami dituduh curang dan tidak bertanggungjawab kerana menduakan cinta setia si isteri. Manakala si isteri pula dituduh tidak memahami kehendak dan kemampuan si suami dan ketika inilah pelbagai hadis dan firman mengenai poligami akan mula diceramahkan oleh si suami.


Peluang Isteri Meraih cinta agung


Apa yang dibayangkan oleh para isteri apabila mereka dimadukan ialah,mereka bakal kehilangan cinta seorang manusia bernama lelaki. Satu yang perlu diingat mengejar cinta manusia ia tidak pernah kekal. Apa yang perlu disedari ialah saat dimadukan itu, itulah langkah awal untuk meraih cinta Allah. Satu yang wanita harus tahu, apabila adanya wanita lain bergelar isteri kepada si suami mereka, sedarlah si suami sedang memberi waktu rehat untuk si isteri mendekati diri kepada Allah SWT.


Bayangkan saat malam sepi tanpa ditemani suami , inilah saat berharga isteri untuk sujud kepada Allah dan gilirannya untuk menjadi kekasih Allah.Andainya suami berada disisi selama 24jam maka isteri harus melayani kehendaknya yang juga seorang hamba Allah.


Apa yang perlu diingat syurga Allah itu sangat sangat tinggi nilainya. Jadi untuk menjadi penghuninya haruslah melalui ujian yang benar benar pedih kerana hadiah syurga itu sangat indah.


Untuk suami jangan tersenyum manis saat keizinan diberikan untuk menambah  'cawangan baru'. Tanggungjawab berat dan lebih besar menantimu. Tanggungjawab ini bukanlah memastikan segala makan minum dan tempat tinggal terjaga malahan ilmu akhirat harus dititikberatkan. Andainya ada di antara isteri tidak mengenal Allah maka kamu akn dipersoalkan.


Surah An-Nisa ayat 3 bermaksud "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan perempuan yatim(apabila kamu mengahwini mereka),maka berkahwin lah (dengan)perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan,dua,tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwin lah dengan seorang sahaja. .




P/s: poligami suatu perkara yang dibenarkan dengan penuh syarat.tepuk dada tanya iman..
      ~ujian yang hebat bagi orang yang hebat~

No comments:

Post a Comment